Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 ‘Malaysia Prihatin’ dan Hari Malaysia 2021, Pusat Sistematik Serangga (CIS), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan kerjasama Persatuan Entomologi Malaysia (ENTOMA) menganjurkan Pertandingan CIS MERDEKA yang akan berlangsung dari 4 hingga 20 September 2021. 


Semua adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini yang merangkumi pertandingan fotografi, video serta pertandingan bercerita. 

Tema yang ditetapkan ialah ‘Keunikan Serangga Malaysia’ dengan matlamat supaya keunikan dan keistimewaan serangga di Malaysia dapat diserlahkan dan diketahui umum. Semoga pertandingan ini mampu meningkatkan apresiasi masyarakat tentang serangga dan memupuk kesedaran untuk terus memulihara kepelbagaian serangga di Malaysia.  

Syarat dan borang penyertaan (https://bit.ly/3DJYVVd) boleh dilayari di semua platform media sosial CIS dan ENTOMA (Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter). Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah berupa wang tunai yang disediakan! 

#CISMERDEKA #SeranggaKita #SeranggaMalaysia #seranggaunik #CISFSTUKM #ENTOMA #Malaysiaprihatin #fotografi #video #pertandinganbercerita 

CIS MERDEKA GALLERY

Our vision

The Entomological Society of Malaysia (ENTOMA) is recognized as the centre of excellence in sharing and exchanging knowledge for the development and advancement of education and research in Malaysia and abroad.

Our mission

Promoting entomological knowledge to the public through close collaboration with local and international entomologists, universities, government agencies, schools, related private sector and non-governmental organisations (NGOs).

Sitemap

  • Foreword
  • Committee
  • Our Roles
  • Support
  • Join
  • Gallery
  • Publications
  • Contact Us